Tuesday, 3 May 2011
Sunday, 17 April 2011
Wednesday, 6 April 2011
Review : HTC Incredible S
HTC Incredible S | ||
|
Nikon D5100 Review & Video
Sejak kebelangkan ini ada yang mengatakan khabar angin bahawa Nikon D5100 dan D400 akan keluar dipasaran pada tahun 2011 dibulan April.
Makaaaaaaa......
Akhirnya Nikon D5100 telah selamat dilancarkan pada 5 April 2011, dan mengantikan Nikon D5000,
tapi malang nya camera ni masih belum sampai ke MALAYSIA lagi..
Makaaaaaaa......
Akhirnya Nikon D5100 telah selamat dilancarkan pada 5 April 2011, dan mengantikan Nikon D5000,
tapi malang nya camera ni masih belum sampai ke MALAYSIA lagi..
Nikon D5100
Click Link Dibawa Untuk Menbaca Review Yang Selanjutnya.
Friday, 1 April 2011
MY GAMING PC RIGS
Post kali ini aku nak cerita sikit pasal GAMING PC rigs aku, asyik cerita pasal DSLR je, mesti korang naik muak baca..hehehe..
Pentium 4
Spec:
Pentium 4 @ 2.8Ghz
>512MB DDRAM x 2
>U8868-B ver 7.3
>Cap ayam PSU 400watt
>ATI Radeon 9550 AGP @ 256MB DDR1
>Maxtor/Seagate HDD IDE 40GB
>EVERCOOL CPU COOLER
>Creative 5.1 soundcard.
Rig ini pada mula nya cuba basic saja, dari darjah 5(2003) aku guna rig ini sampai form 3(2009). Time aku Form 3 (2009), aku dah start study pasal SYSTEM dengan HARDWARE PC, time tu dah start gatal tangan aku nak godek - godek PC tu, setelah study dekat 2 - 3 bulan, berguru dengan otai - otai, http://forum.putera.com, http://forum.lowyat.net, & http://www.youtube.com
Akhir nya, aku dapat ilham untuk upgrade rig aku, dengan bajet yang ciput, aku pon beli lah hardware pc dekat dalam centerpoint@Klang, "part by part" dari ram , graphic card, hingga ke accessories, banyak juga wang yang aku habis kan time tu untuk men upgrade rigs aku untuk bagi lebih pantas dan sedap untuk dilenjan game tanpa lagging 24/7..hahaha
Bila di fikir2 balik, ada juga lah dalam RM300++ aku habis kan untuk upgrade rig ini...
Lepas aku dah complete upgrade rig ini, macam - macam game aku try dari yg sejenis biasa hingga ke hardcore graphic, contoh - contoh nya : GTA SAN ANDREAS, NEED FOR SPEED UNDERGROUND 2 & MOST WANTED, CALL OF DUTY 1,2 & 4, dan banyak lagi lah.
p/s: apahal aku sendiri yang lupa...hahaha
Pada hujung tahun 2009, RIG aku ni telah menhembuskan aliran elektrik yang terakhir, apabila aku buat bedah siasat rupa-rupanya capisitor Power Supply aku sudah mengembung tahap kriktikal, dah rosak serta merta, maka aku dengan berat hati nya, terpaksa lah beli PSU@Power Supply Unit yang baru di kedai ah ming@centerpoint klang.
Lepas pasang siap PSU baru, maka PC aku kembali normal selama seminggu sahaja, lepas tu datang pulak problem lain, iaitu AGP SLOT 8x motherboard aku rosak,bila slot ni rosak, graphic card automatic tak boleh guna, maka luhur balik hati aku untuk beli motherboard baru, maka aku buat keputusan terakhir, iaitu....... barai kan semua hardware pc aku, dan jual di Forum.Lowyat.net, setelah habis aku jual semua hardware pc aku, dengan duit yang ada itu + duit bapak aku, aku pun buat keputusan untuk Build Rig PC yang baru.
Maka aku pon buat reseach dan plan dalam 1 minggu untuk buat Rig baru. Akhirnyaaaaa............
Maka aku pon buat reseach dan plan dalam 1 minggu untuk buat Rig baru. Akhirnyaaaaa............
Click Link dekat bawah untuk baca cerita yang selanjut nya.
Thursday, 31 March 2011
Wednesday, 30 March 2011
Wednesday, 23 March 2011
Review : CAPA Q - Strap [Ergo] 3rd Edition.
Hari ini aku nak review sikit pasal Q - Strap [Ergo] 3rd Edition yang baru aku beli secara online @ postage di forum.lowyat.net pada 22/03/2011, dan selamat sampai ke tangan aku pada 23/03/2011.
Q - Strap [Ergo] 3rd Edition.
Aku memang puas hati dengan product ini, sebab banyak perbaruan dari company ini buat dari 1st Edition hingga 3rd Edition.
Ini lah contoh perbaruan yang diaorang buat.
Friday, 18 March 2011
Wednesday, 16 March 2011
Cara Memegang Camera DSLR dengan betul.
Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.

Tuesday, 15 March 2011
Monday, 14 March 2011
Entry-Level & Professional DSLR Cameras Product Comparisons 2011
Entry - Level DSLR Cameras Product Comparisons 2011
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Professional DSLR Cameras Product Comparisons 2011
Lens & Filter.
LENS:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis – Jenis Lens:
Berikut ialah jenis-jenis lens.

- Standard Lens,
- Wide Angle Lens,
- Telephoto Lens,
- Zoom Lens.
BOKEH.
Apa itu Bokeh?
Berasal dari perkataan dalam bahasa jepun, ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.

Macam mana nak dapatkan bokeh?
Cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4, F1.8 atau F2.8. bagi aku cuma mampu mengunakan F1.8.Satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.Selain itu boleh juga mengunakan Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.

Kepentingan Bokeh
Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah.
Sunday, 13 March 2011
DRY BOX.
Kotak Kering? atau lebih dikenali sebagai DRY BOX.
sapa2 yang biasa main DSLR mesti apa tahu apa benda DRY BOX ni,
kalau diaorang tak tahu, diaorang kena ambik tahu gak sebab benda ni memang penting!
Fungsi dan tujuan utama DRY BOX ni adalah "untuk mengekalkan suhu dah kelembapan@humidity bagi mengelakkan FUNGI@ FUNGUS membiak didalam LENS kamera".
p/s: fungi@fungus ada benda hidup @ bacteria.
Jika Fungi dengan jayanya telah membiak di lens korang, ia akan memberi kesan dan menjejaskan kualiti gambar yang korang ambik.

EXIF DATA.
Apa itu exif data?
Ianya merupakan data atau info yang terkandung di dalam sesuatu gambar. Ianya mengandungi data berkenaan kelajuan shutter, bukaan aperture, ISO dan lain2.
Apa yang pentingnya exif data ni? Melalui exif data, korang boleh lah mengetahui berkenaan setting yang telah digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar.
Korang boleh lah belajar dengan memahami kenapa setting2 tersebut digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar.

Saturday, 12 March 2011
Camera Mode.
kali ni aku nak cerita pulak pasal camera mode yang biasa kita semua tengok dekat camera DSLR.
Terdapat 3 jenis mode kamera yang perlu kita ketahui di dalam kamera iaitu Auto, Semi Auto dan Manual
Depth Of Field [D.O.P] & White Balance [W.B]
Depth Of Field - [D.O.F]
DOF, bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture? Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.
Apa kepentingan DOF dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yang objektif. ia lebih bersifat subjektif.
Friday, 11 March 2011
[Aperture / Shutter Speed / ISO]
Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.
Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture,
Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture,
[2 / 2.8 / 4 / 5.6 / 8 / 11 / 16]. Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.
Cuba korang tengok gambar kat bawah ni untuk memudahkan korang lebih faham macam mana fungsi aperture.
Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yang memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain.
Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.
Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture.
Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.
WISHLIST - NIKON D70.
Antaranya ialah:-
- Tamron 17-50mm f/2.8 Di II VC
Tamron AF 70-300mm f/4-5.6 Di LD
Tamron 70-200mm F2.8 VRII Di LD (IF)
Tamron SP AF90mm F/2.8 Di Macro Lens
Nissin Speedlight Di622 MARK II atau Yongnuo Speedlight YN-460.
Octopus Dry Box OC-DB40L
-
Blackrapid.Strap
Thursday, 10 March 2011
NIKON D70.
Ini merupakan post pertama aku dalam blog ni,
Sekarang ini aku buka cerita pertama pasal "Digital Single-Lens Reflex Camera" atau lebih dikenali sebagai CAMERA DSLR.
Camera DSLR ni terbahagi pada "3 Kategori":
- Professional
- Semi - Professional
- Beginner
Camera DSLR pertama yang aku miliki ialah, NIKON D70 didalam kategori Semi - Professional,
Subscribe to:
Posts (Atom)