Saturday, 12 March 2011

Camera Mode.

kali ni aku nak cerita pulak pasal camera mode yang biasa kita semua tengok dekat camera DSLR.





Terdapat 3 jenis mode kamera yang perlu kita ketahui di dalam kamera iaitu Auto, Semi Auto dan Manual




Mode Automatic

Perkataan tu dah mengambarkan mengenai mode ini. Mode ini ialah mode automatic yang akan mengawal sendiri Shutter Speed, Aperture, ISO dan White Balance. Dengan menggunakan mode ini pengguna tidak perlu runsing untuk memilih sebarang setting, just point and shoot. Gambar yang akan diperolehi juga adalah baik walaubagaimanapun kekurangannya kita tidak boleh memasukkan nilai tambah atau maklumat tambahan pada kamera untuk merakam sesuatu gambar iuntuk menghasilkan gambar yang di ingini.
Mode automatic ni pun ada yang khusus untuk satu-satu jenis gambar. Contoh Potrait (saiz aperture besar), Landscape (saiz aperture besar), Sports (shutter speed yang cepat), Macro (dekat kan distace focus), Night
(shutter speed lambat and saiz aperture besar) dan lain2 lagi.


Mode Semi Auto

Mengawal sebahagian daripada mana-mana setting. Antara contoh mode Semi Auto ialah Tv/S, Av/A, dan P

Tv/S-  Mengawal Shutter dan membiarkan kamera mengawal Aperture,  ISO dan White Balance
Av/A- Mengawal Aperture dan membiarkan kamera mengawal Shutter, ISO dan White Balance
P- Mode ni sama macam full Auto tapi pada mode ni kita masih boleh mengawal ISO, White Balance dan Flash.


Mode Manual

Pada mode ini anda boleh mengawal semua setting yang terdapat di kamera anda dengan bebas tanpa sebarang had limit yang telah di tentukan seperti auto dan semi auto. Nampak seperti sukar walaubagaimanapun once seseorang itu telah mahir menggunakan mode ini ianya akan menghasilkan gambar yang lebih baik dan kreatif berbanding menggunakan mode automatic, semiautomatic dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...