Depth Of Field - [D.O.F]
DOF, bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture? Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.
Apa kepentingan DOF dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yang objektif. ia lebih bersifat subjektif.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
White Balance - [W.B]
No comments:
Post a Comment