Ini merupakan post pertama aku dalam blog ni,
Sekarang ini aku buka cerita pertama pasal "Digital Single-Lens Reflex Camera" atau lebih dikenali sebagai CAMERA DSLR.
Camera DSLR ni terbahagi pada "3 Kategori":
- Professional
- Semi - Professional
- Beginner
Camera DSLR pertama yang aku miliki ialah, NIKON D70 didalam kategori Semi - Professional,
Aku telah memiliki camera di dari tahun lepas@2010 di bulan OGOS,
camera ini di beli oleh pakcik aku sendiri, dengan harga RM1**** @secondhand di mudah.my
dengan bayaran tu,aku memiliki:-
- Body NIKON D70, shutter count = 18k.
- 50mm f/1.8 Nikkor Lens.
- 2GB Compact Flash Memory
- 1x Battery.
- Charger.
- Nikon Strap.
aku menbuat sedikit research di GOOGLE,
Camera ni dikeluarkan pada tahun 2003, kira-kira 8 tahun lepas, walaupun camera ni agak berusia, tapi performance tetap mantapppp...
aku agar terkejut apabila melihat harga nikon D70 pada 2003, yang mencecah RM3.1K untuk BODY sahaja, RM4K BODY + 18 - 70mm f/3.5-4.5G ED lens.
Pada 2010 harga nya jatuh mendadak hingga RM1****, kerana 15 model kamera dslr nikon release dekat pasaran malaysia sepanjang dari tahun 2003 hingga 2011.
Model NIKON DSLR terbaru yang berada di pasaran malaysia ialah NIKON D7000, click untuk review dengan lebih mendalam tentang NIKON D7000.
D7000 ni di keluarkan pada 15/09/2010, pada harga :-
RM 4,998.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR)
RM 4,198 (body only)
sumber dari NIKON MALAYSIA
selepas 1 bulan aku memilki D70, aku pon membeli accessories untuk D70, antaranya ialah DigiEye Long Nose Bag, DigiEye TR-38 Tripod, Nikon Bag dan Cleaning Kit dari salah seorang user di Forum Lowyat.net
DigiEye Long Nose Bag.
Tujuan aku beli bag ini sebenarnya untuk memudahkan aku kulur kilir bawa camera,tak perlu lagi aku nak pegang je camera tu 24/7, cuma gantungkan bag tu kat bahu atau seluar sahaja,lepas sumbat camera tu masuk bag, dan bag ni kalis air + seluruh bag ni dilapit dengan span yang padat agak selamat juga letak dslr kat dalam bag ni, itu lah kebaikan nya, kalau kekuranganya, susah nak capai kamera dalam posisi pegang yang betul dan space dalam bag tu agar terhad, hanya boleh muat utk body + camera sahaja.
kalau ada speedlight ke,battery ke,terpaksa lah simpan tempat lain.
DigiEye Tripod TR-38
Tujuan aku beli tripod ni pulak, tak ada sebab pon sebenar nya,aku saje je nak lengkapkan accessories untuk D70 aku...hahahaha...
kalau nak tahu fungsi tripod dan cara memilh tripod yang terbaik untuk dslr korang click kat bawah,
Nikon Bag
Tujuan aku beli Nikon Bag ni pulak, untuk letak semua accessories D70 dekat dalam satu bag, untuk memudahkan aku simpan semua benda dekat satu tempat mcm extra lens,cleaning kit, speedlight, charger, battery speedlight, DLL, ketika pergi berjalan jauh. Kapasiti Bag ni juga agak luas juga, boleh sumbat macam2 kat dalam bag tu. Biasa nya bag boleh dapat FREE ketika kita beli NIKON DSLR.
Phottix Ultra Cleaning Kit.
Ini antara barang yang terakhir buat masa ini aku beli untuk accessories D70,
benda ni memang penting untuk sapa2 yang ada Camera DSLR, benda ni tujuan dia untuk membersihkan camera dari sebarang habuk, tak kira lah habuk halus ke, habuk tebal ke, benda ni memang betul2 penting untuk mengekalkan camera lens dan sensor dalam keadaan sentiasa bersih, dan bebas habuk.
Cara nak guna clean kit ni boleh tgk video kat bawah:
Pada bulan 11 tahun 2010,aku telah membeli lens 18-105mm f/3.5 - f/5.6 VR secondhand dari pakcik aku,
Aku beli lens ni sebab aku dah boring gila guna 50mm f/1.8 sebab tak boleh main zoom2 macam 18-105mm VR, target aku untuk main zoom2 dengan wide angle, teruja sangat time tu sebab boleh zoom sampai 105mm, kira dah best gila time tu dapat zoom + fokus sampai 105mm dengan boleh main wide angles sampai 18mm, hahaha...
tapi lens ni hanya sesuai untuk guna time siang je, time malam kena tido dalam DRY BOX, sbb lens ni aperture dia f/3.5 - f/5.6,mmg tak berapa sesuai untuk guna time malam, kecuali mengunakan TRIPOD.
Bila lens ni bergabung dengan D70, ni lah hasil nya
macam mana hasil nya?
nampak PRO kan?
hahahaha...
p/s:camera je nampak "PRO", tapi gambar nya terhasil belum tentu macam "PRO"...huhu
No comments:
Post a Comment