Friday, 1 April 2011

MY GAMING PC RIGS

Post kali ini aku nak cerita sikit pasal GAMING PC rigs aku, asyik cerita pasal DSLR je, mesti korang naik muak baca..hehehe..

Pentium 4
Spec:
Pentium 4 @ 2.8Ghz
>512MB DDRAM x 2
>U8868-B ver 7.3
>Cap ayam PSU 400watt
>ATI Radeon 9550 AGP @ 256MB DDR1
>Maxtor/Seagate HDD IDE 40GB
>EVERCOOL CPU COOLER
>Creative 5.1 soundcard.


Rig ini pada mula nya cuba basic saja, dari darjah 5(2003) aku guna rig ini sampai form 3(2009). Time aku Form 3 (2009), aku dah start study pasal SYSTEM dengan HARDWARE PC, time tu dah start gatal tangan aku nak godek - godek PC tu, setelah study dekat 2 - 3 bulan, berguru dengan otai - otai, http://forum.putera.com, http://forum.lowyat.net, & http://www.youtube.com

Akhir nya, aku dapat ilham untuk upgrade rig aku, dengan bajet yang ciput, aku pon beli lah hardware pc dekat dalam centerpoint@Klang, "part by part" dari ram , graphic card, hingga ke accessories, banyak juga wang yang aku habis kan time tu untuk men upgrade rigs aku untuk bagi lebih pantas dan sedap untuk dilenjan game tanpa lagging 24/7..hahaha
Bila di fikir2 balik, ada juga lah dalam RM300++ aku habis kan untuk upgrade rig ini...

Lepas aku dah complete upgrade rig ini, macam - macam game aku try dari yg sejenis biasa hingga ke hardcore graphic, contoh - contoh nya : GTA SAN ANDREAS, NEED FOR SPEED UNDERGROUND 2 & MOST WANTED, CALL OF DUTY 1,2 & 4, dan banyak lagi lah.
p/s: apahal aku sendiri yang lupa...hahaha

Pada hujung tahun 2009, RIG aku ni telah menhembuskan aliran elektrik yang terakhir, apabila aku buat bedah siasat rupa-rupanya capisitor Power Supply aku sudah mengembung tahap kriktikal, dah rosak serta merta, maka aku dengan berat hati nya, terpaksa lah beli PSU@Power Supply Unit yang baru di kedai ah ming@centerpoint klang.

Lepas pasang siap PSU baru, maka PC aku kembali normal selama seminggu sahaja, lepas tu datang pulak problem  lain, iaitu AGP SLOT 8x motherboard aku rosak,bila slot ni rosak, graphic card automatic tak boleh guna, maka luhur balik hati aku untuk beli motherboard baru, maka aku buat keputusan terakhir, iaitu....... barai kan semua hardware pc aku, dan jual di Forum.Lowyat.net, setelah habis aku jual semua hardware pc aku, dengan duit yang ada itu + duit bapak aku, aku pun buat keputusan untuk Build Rig PC yang baru. 
Maka aku pon buat reseach dan plan dalam 1 minggu untuk buat Rig baru. Akhirnyaaaaa............

Click Link dekat bawah untuk baca cerita yang selanjut nya.

Ini lah dia Rig NO 2 aku,

Pentium Dual Core E5200
 Spec:
>Pentium Dual-Core CPU E5200 @ 2.50GHz
>GA-G31M-ES2L
>2GB DDR2 800MHz Single Channel
>Gigabyte HD4670 @ 512MB
>HDD Maxtor 80GB
>HDD Samsung 500GB
>Gigabyte GZ-X1
>PowerLogic Magnum 300w

Rig ini merupakan, rig pertama yang aku buat dengan sendiri nya, berbekalkan ilmu yang aku menuntut di alam maya@internet. Maka aku berjaya menyiapkan rig ini dalam masa singkat.
Aku telah belanja sebanyak RM 2k untuk Build Rig ini termasuk dengan LCD 18.5 inch monitor. So far, memang aku puas hati sesangat dengan Rig ni, sebab banyak game yang latest dari 2009 sampai 2011 still boleh main dengan Rig ni, tanpa lag. p/s:kalau korang setting graphic dengan betul sure memang tak lag..

Pada penhujung bulan 12 @ 2010, aku terpaksa menjual PC aku, kerana berpindah ke sarawak, maka aku terpaksa jual dengan sedara aku, Kalau nak simpan je rasa sayang pulak,takut rosak nanti,lagi banyak belanja kalau nak repair balik, maka aku terpaksa jual.

Setelah aku jual PC aku no2, maka aku pon sudah tertinggal dalam arena permainan video computer, maka aku pun mula berjinak-jinak dengan komputer riba@laptop, masa mula2 tu memang aku tak suka, sebab rasa semua nya kecik dan sempit, lama-lama aku dah sesuai kan diri dengan laptop. 
Semakin lama aku guna kan laptop ni aku mula berasa bosan sebab tak boleh layan game secara gila tanpa lag macam PC.

Tiba-tiba aku datang satu idea untuk menbuat PC Rig No3,maka aku pon sudah plan untuk RIG baru ni,
Intel CORE I3 540
ASUS P7H55-M LE
4GB CORSAIR PC1333
XFX 5770 1GB DDR5
500GB X2 Harddisk
Lite On DVD-RW 24X SATA
AEROCOOL VS 9
AOC E2040S 20 INCH L.E.D
COOLER MASTER EXTREME 500w
extra accessories:
Logitech X210
Logitech momo racing
RAZER SALMOSA
RAZER ARCTOSA
tapi aku menpunyai masalah $$$, sebab still mengangur lagi lepas SPM. 
Maka aku pun lupa kan hasrat aku seketika,dan sekarang aku still happy guna laptop, bak kata mak aku "Bersyukur apa yang ada, Jangan Tamak"..hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...