Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis – Jenis Lens:
Berikut ialah jenis-jenis lens.
- Standard Lens,
- Wide Angle Lens,
- Telephoto Lens,
- Zoom Lens.
Standard Lens
Lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret
Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.
Lens asas apabila membeli kamera.
Kesan normal pada gambar.
"Click Sini Untuk Lihat Jenis2 Standard Lens @ Nikkor Lens."
Wide angle lens:
Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle. [16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm]
Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
Kelebihan wide angle lens:
- Imej lebih besar dari imej sampingan,
- Pemandangan lebih luas,
- Dinamik dan kesan herot/ ubah bentuk
- Jurugambar kelihatan begitu hampir dengan subjek
- Kesan herot pada gambar wide angle
Telephoto Lens
Lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: [135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm]
Gambar jauh kelihatan hampir.
"Click Sini Untuk Lihat Jenis2 Telephoto Lens @ Nikkor Lens"
Macro Lens @ Close Up Lens
Lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: [55mm, 105mm, 200mm]
Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.
Sudut pandangan micro lens
Fokus pada objek
"Click Sini Untuk Lihat Jenis2 Macro Lens / Close up Lens @ Nikkor Lens"
Zoom Lens
Lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai di atas.
Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
Contoh: [25mm – 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.]
"Click Sini Untuk Lihat Zoom Lens @ Nikkor Lens"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Filter:
Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.
Filter berfungsi menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
Filter Ultra Voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar.
Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter:
- Biru,
- Merah,
- Kuning,
- Polarizing.
- Star Filter,
- Multi Filter.
No comments:
Post a Comment