Sunday, 13 March 2011

DRY BOX.

Kotak Kering? atau lebih dikenali sebagai DRY BOX.

sapa2 yang biasa main DSLR mesti apa tahu apa benda DRY BOX ni,
kalau diaorang tak tahu, diaorang kena ambik tahu gak sebab benda ni memang penting!

Fungsi  dan tujuan utama DRY BOX ni adalah "untuk mengekalkan suhu dah kelembapan@humidity bagi mengelakkan FUNGI@ FUNGUS membiak didalam LENS kamera".  
p/s: fungi@fungus ada benda hidup @ bacteria.

Jika Fungi dengan jayanya telah membiak di lens korang, ia akan memberi kesan dan menjejaskan kualiti gambar yang korang ambik.




Ini lah contoh lens yang kena serangan FUNGI:

Kelihatan ada tompok2 putih dekat lens tersebut, itu adalah FUNGI.
Kebiasaanya serangan fungus biasa nya kena jika shoot di tempat2 yang sejuk, seperti di hutan atau sebagai nya, atau kamera / lens dibiarkan terlampau lama @ tidak digunakan.


Ini adalah Contoh DRY BOX.

Dry box ini ada banyak brand contoh nya AIPO, OCTOPUS, DLL.
keluasan DRY BOX bergantung pada size LITER [L] nya, dan harga nya berbeza-beza.
kebiasanya dry box ni ada 2 jenis hygometer, jenis analog [meter] dan DIGITAL.
HUMIDITY yang sesuai untuk camera dan video camera ialah "40% - 45%"
Bagi sesiapa yang belum ada budjet nak beli DRY BOX, korang buat Do It Yourself @ D.I.Y DRY BOX korang sendiri,lebih murah dah fungsi dia hampir sama dgn real DRY BOX.
aku sendiri pon buat DIY DRY BOX sendiri...hehehe..

Barang yang korang kena sediakan adalah:
  • Box  kendap udara,
  • Silica atau Electronic Moisture Absorber.
  • Span pad. 
  • Hygrometer.
Saiz box bergantung pada gear korang, 
kalau macam aku punya, aku gunakan box yang bersaiz 16liter, untuk letak 1 body, 2 lens, dan 1 speedlight.
Fungsi Silica adalah untuk sedut kelembapan dan menstabilkan kelembapan dalam dry box.
Silica ni terdapat 2 jenis, Jenis yang jernih, jenis hanya boleh di pakai buang sahaja, dan satu jenis lagi ialah yang boleh dia recycle semua,berwarna biru.
Silica tu pulak korang boleh dapat kat kedai camera, setakat ini aku cari dekat area port klang tak jumpa lagi,
member aku cakap silica ni boleh dapat dekat kedai camera di  KLANG PARADE, atau korang boleh gunakan benda ni Electronic Moisture Absorber, boleh didapati di Shashinki. 
Fungsi dia sama seperti silica,tetapi dia boleh di recycle semua@dipanaskan balik, dan boleh diguna semua, jika silica tersebut bertukar dari warna biru ke unggu.
Span Pad ni untuk korang lapit kan dekat dry box, untuk mengelakkan kamera korang asyik bergoyang2 atau terhentak dekat dry box.

Hygrometer ini fungsi dia untuk menunjukan suhu dan kelembapan dalam dry box.


Ini Contoh DIY DRY BOX yang telah siap:

p/s: aku tak galakan korang guna  Thirsty Hippo untuk mengantikan silica, sebab Thirsty Hippo ni menyedut udara lembap dekat dalam box terlampau kuat hingga boleh merosakkan getah dekat lens dengan body.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...