Wednesday, 23 March 2011

Review : CAPA Q - Strap [Ergo] 3rd Edition.

Hari ini aku nak review sikit pasal Q - Strap [Ergo] 3rd Edition yang baru aku beli secara online @ postage di forum.lowyat.net pada 22/03/2011, dan selamat sampai ke tangan aku pada 23/03/2011.

 Q - Strap [Ergo] 3rd Edition.

Aku memang puas hati dengan product ini, sebab banyak perbaruan dari company ini buat dari 1st Edition hingga 3rd Edition.

Ini lah contoh perbaruan yang diaorang buat.

Wednesday, 16 March 2011

Cara Memegang Camera DSLR dengan betul.

Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.

Monday, 14 March 2011

Entry-Level & Professional DSLR Cameras Product Comparisons 2011

 
 Entry - Level DSLR Cameras Product Comparisons 2011




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Professional DSLR Cameras Product Comparisons 2011


Lens & Filter.

LENS:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis – Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.
  • Standard Lens, 
  • Wide Angle Lens, 
  • Telephoto Lens,
  • Zoom Lens.

BOKEH.

Apa itu Bokeh?
Berasal dari perkataan dalam bahasa jepun, ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur(blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.

Macam mana nak dapatkan bokeh?
Cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4, F1.8 atau F2.8. bagi aku cuma mampu mengunakan F1.8.Satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.Selain itu boleh juga mengunakan Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.

Kepentingan Bokeh
Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah.


Sunday, 13 March 2011

DRY BOX.

Kotak Kering? atau lebih dikenali sebagai DRY BOX.

sapa2 yang biasa main DSLR mesti apa tahu apa benda DRY BOX ni,
kalau diaorang tak tahu, diaorang kena ambik tahu gak sebab benda ni memang penting!

Fungsi  dan tujuan utama DRY BOX ni adalah "untuk mengekalkan suhu dah kelembapan@humidity bagi mengelakkan FUNGI@ FUNGUS membiak didalam LENS kamera".  
p/s: fungi@fungus ada benda hidup @ bacteria.

Jika Fungi dengan jayanya telah membiak di lens korang, ia akan memberi kesan dan menjejaskan kualiti gambar yang korang ambik.


EXIF DATA.

Apa itu exif data?

Ianya merupakan data atau info yang terkandung di dalam sesuatu gambar. Ianya mengandungi data berkenaan kelajuan shutter, bukaan aperture, ISO dan lain2.

Apa yang pentingnya exif data ni? Melalui exif data, korang boleh lah mengetahui berkenaan setting yang telah digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar.

Korang boleh lah belajar dengan memahami kenapa setting2 tersebut digunakan dalam penghasilan sesuatu gambar.

Saturday, 12 March 2011

Camera Mode.

kali ni aku nak cerita pulak pasal camera mode yang biasa kita semua tengok dekat camera DSLR.





Terdapat 3 jenis mode kamera yang perlu kita ketahui di dalam kamera iaitu Auto, Semi Auto dan Manual


Depth Of Field [D.O.P] & White Balance [W.B]


Depth Of Field - [D.O.F]
DOF, bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture? Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.

Apa kepentingan DOF dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.

Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yang objektif. ia lebih bersifat subjektif.



Friday, 11 March 2011

[Aperture / Shutter Speed / ISO]

apa benda yang aku type kat title untuk post kali ni???
3-3 benda ni memang sesangggatttt penting untuk menghasilkan picture yang cukup sempurna.
aku akan terang satu persatu apa peranan dah fungsi masing - masing.


APERTURE.

Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.

Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture,
[2 / 2.8 / 4 / 5.6 / 8 / 11 / 16]. Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni untuk memudahkan korang lebih faham macam mana fungsi aperture.
Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yang memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain. 

Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.


Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture.
Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.


WISHLIST - NIKON D70.


Antaranya ialah:-  
  • Tamron 17-50mm f/2.8 Di II VC 
  • Tamron AF 70-300mm f/4-5.6 Di LD

  • Tamron 70-200mm F2.8 VRII Di LD (IF)

  • Tamron SP AF90mm F/2.8 Di Macro Lens  

  • Nissin Speedlight Di622 MARK II atau Yongnuo Speedlight YN-460. 

  •  Octopus Dry Box OC-DB40L 

  • Blackrapid.Strap

aku akan cerita kan satu persatu, kenapa aku pilih semua benda yang kat atas tu masuk dalam wishlist aku.


Thursday, 10 March 2011

NIKON D70.


Ini merupakan post pertama aku dalam blog ni,

Sekarang ini aku buka cerita pertama pasal "Digital Single-Lens Reflex Camera" atau lebih dikenali sebagai CAMERA DSLR.

Camera DSLR ni terbahagi pada "3 Kategori":
  • Professional
  • Semi - Professional
  • Beginner

Camera DSLR pertama yang aku miliki ialah, NIKON D70 didalam kategori Semi - Professional,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...